Tuesday, March 7, 2017

maldives in snapshots #3

arriving in maafushi island, one of the public islands in maldives.

zaman dulu-dulu public islands ni tourists tak pergi sebab takde accommodation, yang duduk situ cuma locals. hotel boleh bukak kat private island je. sebab tu maldives ni dikira premium holiday destination since kita wajib pergi private islands yang ada resort dan chalet yang mahal.

since few years ago, government maldives dah open public islands untuk tourists, makanya ramai orang awam bukak homestay, which opens the doors to maldives.

sekarang maldives dah jadi affordable tourist destination. tapi beza laa private dengan public island ni, so you have to lower your expectations a bit. apa-apa pun laut dia memang awesome!

turun dari bot, ada orang tolong tolakkan beg
walaupun murah, tapi servis diorang memang first class

nah package untuk water sports. memang mahal weh. harga in USD


kaani beach hotel, tempat kitorang stay

btw maafushi island ni memang jadi tumpuan tourist untuk stay, dan masa aku kat sana ada banyak lagi pembangunan hotel yang tengah berjalan.

i imagine in the future, this island is going to be a tourist island.

lagi harga, kira sampai pening. bersyukur aku takyah keluar duit masa trip ni

look at the sea~~

serius cakap, aku fall in love dengan kebiruan air kat sini. banyak layers pulak tu. kalau air warna biru cerah tu of course paling cetek, dan yang gelap tu dalam. memang selang seli warna air, subhanallah takleh nak habaq macam mana cantiknya air kat sana.


parrot

membelah lautan

first day sampai kat maafushi, kitorang pegi memancing di laut dalam. syiokkkk.

umpan ikan

attach umpan kat tali ni, siap!

kena ada skill jugak nak memancing gaya ni weh, lama jugak tunggu tak dapat-dapat ikan. aku pulak dah laa jenis manusia takleh bersabar, lol.

teknik dia ko release je tali tu sampai ke dasar laut. akan rasa umpan tu sentuh lantai laut dan tali tu jadi longgar. pastu tarik sikit tali tu dalam 1 kaki daripada dasar laut. biarkan ikan gigit-gigit umpan.

dan serius, memang ko rasa ikan dok menggigit-gigit tu. seronok gile perasaan masa tu hahaha. lagi seronok bila umpan ko melekat!

aku rasa aku dapat tangkap 2 ekor ikan masa tu. tak ingat dah hahaha.

hasil tangkapan satu bot

breakfast orang maldives. sambal secoet tu memang daebak!

jalan-jalan pusing pulau

masa ni aku tak rasa pantai dia cantik sangat. penuh dengan pasir untuk buat hotel kat tepi situ




ni dah dapat air laut, cenggini jadiknya

masa kitorang pegi asyik nak hujan je, off season laa katakan. awan mendung sentiasa.
rate untuk water sports pun boleh kawtim dapat lagi murah.

drive mende ni syiokkk

masa ku tengah syiok layan jetski ni kat laut dalam, masa tuuuuu laa hujan turun mencurah-curah. lebat ya amat. tahu tak perasaan scary bila ko kat tengah laut dengan hujan camtu. sejukkk, pastu bukannya mata ko ada wiper ahaha.

takleh nak layan lama sangat sebab scary. hujan oh hujan~

lopak air

2 comments:

  1. tinginya hg lompat.. edit ka apa nih..

    ReplyDelete
  2. serius bukan edit, hahaha. aku bukannya reti photoshop2 ni. maybe adik aku pandai main angle

    ReplyDelete