Saturday, 22 August 2015

jangan jadi manusia yang keji

copy pasted from my entry from another blog, dated 29th may 2014.


hari ni, possibly hari paling disaster untuk aku tahun ni.

...

ingatan buat diri sendiri di masa akan datang,

bila Tuhan dah pinjamkan sedikit kuasa,

sedikit ilmu,

dan sedikit pengalaman:

1) sebesar-besar ko nanti, ko pernah merasa jadi sekecik-kecik aku sekarang. jangan lupa.

2) layan manusia lain macam manusia, tak kira pangkat, tak kira umur, tak kira dia tu siapa.

3) bersabar laa dalam mengajar. ko pun pernah rasa bodoh dan tak tahu, jadi bila dah pandai, tak payah nak berlagak sangat.

4) bila ada kuasa, tolong laa guna kuasa tu sebaiknya. bukan untuk pijak orang sesuka hati, walaupun orang tu tak penting pada ko.

5) jangan sesuka hati nak marah orang, lagi-lagi bila ko sendiri tengah marah. tarik nafas. fikir dulu panjang-panjang.

6) kalau orang tu diam, jangan assume dia tu sombong atau kurang ajar atau nak tunjuk pandai. mungkin dia segan. mungkin dia malu. segala macam kemungkinan.

7) jaga attitude dengan orang. takpe laa berat mulut sikit, jangan berat nak senyum. senyum. senyum. bagi orang tau yang ko ni bukan singa nak makan orang.

8) tegas dalam kerja. tapi jangan jadi unreasonable.

9) perangai ko jangan nak ikut mood ko sangat. orang lain pun ada mood, bukan ko sorang je, tahu.

10) last but not least, jangan jadi manusia yang keji. fikir sendiri laa apa definisi keji, semua yang terlintas dalam kepala, semua ko jangan jadi.

...

aku sedar sendiri, yang aku ni serius tak ready nak jadi FRP lagi. tapi tinggal hanya 6 bulan je untuk aku me-ready-kan diri.

bak kata kak najwar kat kawan aku:

'awak perhati laa FRP sekarang. lepas tu nanti pilih, awak nak jadi FRP yang macam mana'

aku dah ada a few persons in mind. mudah-mudahan aku boleh jadi macam diorang nanti, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment