Friday, 13 February 2015

hari minggu

aktiviti hujung minggu - monopoly deal dan mockingjay

ada ke yang betul akan paham rasa hati aku?

...

pagi, bangun. terus terfikir pasal paris.

childhood dream. zaman sekolah menengah, aku masih tengok playhouse disney channel. ya, memang aku matang lambat. tapi bila dah mula proses kematangan tu, terlampau exponential.

bukan nak kata aku dah terlampau matang. cuma, semua benda kena bersederhana. kalau fikir terlampau matang dan terlampau jauh hingga tak terkawal, hasilnya ialah aku.

hasilnya ialah -- ketidakmatangan.

kembali kepada isu asal. paris. childhood dream.

playhouse disney channel, dulu ada tayang cerita madeleine.

madeleine, aku tengok sambil makan tengahari depan tv lepas balik sekolah.

madeleine, yang ajar aku erti 'bonjour mademoiselle!' 'au revoir!' dan 'merci!'

madeleine, yang ajar aku tentang eiffel tower.

tapi masa tu aku sekolah menengah, europe pun aku tak tau kat mana. hakikat bahawa negara france tu dalam benua eropah pun aku tak tau. yang aku tau, paris tu jauh -- takkan dapat sampai oleh rakyat malaysia marhaen macam aku.

(umur tu, maksud 'marhaen' pun aku tak tau.)

ya, paris.

entah macam mana. a culmination of life's dreams. aku bakal ke sana.

aku tengah siapkan itinerary. eurotrip. london, amsterdam, lauterbrunnen, paris.

tiga tempat yang awal tu dah hampir siap. tinggal paris.

paris.....

aku baru paham macam mana rasa rapunzel, bila dia bagitau eugene, macam mana kalau realiti tak seindah mimpi?

and what if it is?

...

deng, aku dah terlampau tua untuk quote cerita disney.

...

aku dah rasa macam besar. 24 tahun.

tapi sungguh, aku rasa kecik.

aku rasa nak angkut mak aku pegi mana-mana. she is my strength. she is my comfort. whenever she's around, i feel safe.

aku hanya ada mak aku.

dan adik aku.

dan Tuhan.

kadang-kadang aku lupa Tuhan.

kadang-kadang aku lupa terus semua yang aku ada.

macam mana kalau Tuhan ambik mak aku?

aku sebatang kara yang sungguh. kawan tak seperti mak aku.

heck, even ayah aku pun tak seperti mak aku.

macam mana..?

...

mama, i want to be small again.

and be wrapped up in your arms.

and never discover what a scary place this world is,

and how destructive my own mind can be.

...

mama.

No comments:

Post a Comment